Thursday, February 12, 2009

Friday, December 5, 2008

undang-undang 1

TAFSIRAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAN GARIS-GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL


UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN


Tanda-tanda Padang

Adalah tidak dibenarkan untuk menandakan garis-garis padang permainan dengan garis terputus-putus atau digali. Jika pemain membuat tanda-tanda di padang permainan dengan kakinya, dia mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Jika pengadil melihatnya semasa perlawanan, dia mesti beri amaran kepada pemain itu kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan sebaik saja bola di luar permainan.

Hanya garis-garis yang ditetapkan dalam Undang-undang 1 ditandakan di padang permainan.

Tiang dan Palang Gol

Jika palang gol tercabut atau patah, permainan diberhentikan sehingga ia dibaiki atau digantikan. Jika palang gol tidak dapat dibaiki, perlawanan hendaklah ditamatkan. Pengunaan tali bagi menggantikan palang gol adalah tidak dibenarkan. Jika palang gol boleh dibaiki, perlawanan hendaklah dimulakan semula dengan satu jatuhan di mana bola berada ketika permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan.

Pengiklanan

Iklan hendaklah sekurang-kurangnya 1 m (1 ela) dari garis sempadan padang permainan.

Tiada sebarang iklan sama ada jelas atau maya, dibenarkan di atas padang padang permainan, di kawasan dalam lingkungan jaringan gol atau di kawasan teknikal atau dalam lingkungan 1 m (1 ela) dari garis tepi dari masa pasukan mula masuk ke padang permainan sehingga mereka keluar darinya, semasa masa rehat dan dari masa pasukan-pasukan masuk semula sehingga tamat perlawanan. Iklan juga tidak dibenarkan pada gol, jaring, tiang bendera atau benderanya dan sebarang peralatan yang tiada berkaitan (kamera, mikrofon dan sebagainya) dibenarkan dipasangkan pada peralatan-peralatan ini.

Logo dan Lambang

Penghasilan logo atau lambang FIFA , konfederasi, ahli-ahli persatuan bergabung, liga , kelab atau badan-badan lain sama ada jelas atau maya tidak dibenarkan di padang permainan, jaring-jaring gol dan kawasan lingkungannya, tiang gol, tiang bendera dan benderanya semasa permainan.









UNDANG-UNDANG 2 – BOLA

Bola Tambahan
Bola-bola tambahan boleh diletakkan di sekeliling padang permainan untuk kegunaan semasa perlawanan dengan syarat bola-bola itu telah memenuhi keperluan Undang-undang 2 dan kegunaannya di bawah seliaan pengadil.

Bola Tambahan di dalam Padang Permainan

Jika bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawnan, pengadil hendaklah memberhentikan permainan hanya jika ia mengganggu permainan. Permainan hendaklah dimulakan semula dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan.

Jika bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawanan tanpa mengganggu permainan, pengadil hendakah mengeluarkannya seberapa cepat yang boleh.